Just another story of my life

Dalam hidup ini banyak benda yang tidak terjangka..
kekadang tu tengah tengah jalan terjumpa kawan lama
kadang di tepi jalan, ternampak duit 5 sen..
ataupun masa tengah isi minyak jumpa kawan lama kat petronas taman melati ha.ha
ataupun Bos petronas taman melati.. ekkkkk...
Aku rindu juga kerja sana.. 
anyway.. that's not the point...

Hari ni birthday Panda!!!
eh??? 

semenjak dua menjak ni, bila facebook remind kita birthday someone,
aku kekadang buat tak tahu je..
since aku tak rapat sangat.. 
kejam ke?? eh...

Tapi hari ni birthday Panda,,,
ehh lagi???

aku rasa aku dah letak panda as important person juga.. eh... person???

 selama ni dalam UIA.. bila aku tengah susah..
aku tahu siapa aku boleh kontek..
tayar pancit, akan ada orang tolong..
Minyak habis, akan ada orang yang isikan minyak...
Bila lapar, akan ada yang menghulur makanan..
ataupun tengah bosan, akan ada orang tak kesah tadahkan telinga utk cerita aku yang boleh bagi lima bintang penampar
masa tengah give up, akan ada orang yang bantu kita bangkit...
masa sedih, akan ada yang teman utk buat kita gelak..
and Aku bersyukur sangat sangat bila jumpa kawan kawan macam ni..
Alhamdulillah...

cumanya masa aku accident hari tu...
aku tak boleh kontek siapa siapa..
sebab tengah pengsan..
dan aku tak tahu apa apa...

pagi sebelum accident tu, sempat je jumpa panda n Shawn dekat KICT..
sempat je sembang...


dan lepas accident..
aku tak tahu apa apa..
aku sedar je.. 
Puteri cakap,
"la, mak ko da on da way nak gi sini"
aku macam "ha????"
aku tak sedar pon keadaan tangan aku patah masa tu...heeee..
dan Panda and Patrick la yang jemput mama dari Airport..
hantar ke hospital, bawak makan, bawak cari hotel...
sangat terharu... Patrick, ak dah kenal lama dan aku rapat dengan dia..
Panda aku kenal lama juga.. cuma aku tak rapat..
jadi bila keadaan macam tu.. aku jadi terharu sangat2... 
sensitif kan aku sekarang????
apa pun.. Happy birthday to you Panda.. 
semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur..
dan semoga sukses selalu...



0 comments:

Powered by Blogger.