My work

sercara ringkas, sebenarnya, kerja daku ni kesinambungan daripada episod kelab MISI yang aku join masa dekat UIA.  Masa join MISI dulu, matlamat kami bagi sehabis mungkin untuk rakyat yang berada di pedalaman. Satu satunya Outreach yang saya pernah join dulu dekat Sarawak.. masa tu matlamat nak bagi sebanyak mungkin pendedahan, ilmu, perkongsian dan macam macam lagi.. 
Rasa seronok sebenarnya.. jadi bila dapat kerja ni.. aku faham apa yang aku perlu buat... cumanya, nak adapt dengan situation dia aku termengah mengah jugak.. :)) okeh, sabtu ni aku ada audit...

Aku tau macam mana rasanya kena audit.. Ni bukan kali pertama.. masa dekat petronas dulu berapa kali kena audit dah... cuma kali ni lain sebab aku yang kena handle semuanya.. dulu aku dengar arahan ja kan??? so, aku agak terkial kial...

Tadi aku just bersihkan kawasan.. dan ada dua tiga budak area sini tolong aku... baik kan dorang?? dan bila aku bertanya itu ini.. aku pon dapat tahu yang dorang ni tak bersekolah... dan aku tak tahu nak buat ayat apa lepas tu... nak tanya kenapa kenapa kenapa?? Tapi dorang sendiri macam sedih.. jadi aku tak sampai hati.... 

Hidup ini tidak adil??? *sigh*

berapa ramai budak tak dapat sekolah nak ke sekolah tapi berapa ramai pulak yang dapat bersekolah tapi tak mahu ke sekolah??? 

aku emo petang petang ni...
budak budak sini baik.. tadi bila aku cakap lapar, ada ja budak tolong belikan aku makanan.. aku cakap korang beli la apa apa yang korang nak makan.. aku sengaja bagi duit lebih.. tapi dorang tak ambik pon... 

aku emo aku emo...

0 comments:

Powered by Blogger.