SnowBell

 

Ni SNowbell.. My Mom adopt dia 2 bulan lepas.. Previous owner kate dia dah kena vaksin dah. Ok... Tapi lepas dia ada, kucing saya yang lain kena virus macam macam.. and saya tak boleh nak bawa dia pergi vaksin.. sebab dia sentiasa sakit..
selesema.. sakit mata, cirit birit.. terpaksa pergi vet just nak bagi ubat... masalahnya bila kucing lain terjangkit pula.. sakit mata, selesema etc..
so, saya kuarantin dia.. sampai kucing yang lain sehat dan dah kena vaksin..
dia dalam sangkar sentiasa bersin.. kekadang  tu nampak dia macam asma.. takut sangat...
dia ni ada cacat jugak..
kaki dia ada tempang sikit... kesian sangat...
heee.. Snowbell.. 
cerita nya... 3 minggu lepas.. dia demam teruk.. mata dia merah.. selesema.. demam sampai tak larat nak bangun.. saya bawak dia pergi vet.. lepas dari vet, keadaan dia lagi teruk.. saya biarkan ja dia tidur, fikirkan mungkin kesan ubat yang doktor bagi.. 

The next morning, mama ketuk pintu bilik..cakap macam ni
"La... si Snowbell macam tak dapat nak survive ja "
Gulp.. Terkejut saya.. terus lompat dari katil.. tengok dia.. hidup lagi.. tapi nampak nazak sangat..
berdoa sangat sangat dia boleh bertahan sampai la vet buka..
tepat 8.30 saya pegy Vet.. tanya doktor tu..
Kenapa dia jadi macam ni..kenapa??

DOktor bagi ubat demam dan bagi saya satu as bekal... sampai rumah dia masih macam tu..
Tak makan tak minum.. risau sangat.. 
saya terpaksa bagi minum air glukos setiap jam.. 
dan dia masih macam tu.. paksa juga dia minum glukos tu guna picagari..
Doktor kata kena bagi dia sikit2.. sebab hidung dia sumbat.. takut tak dapat bernafas..
dalam sejam tu.. dah kira bersyukur dah kalau dia dapat minum glukos tu 5ml...
Glukos pula sengaja bagi pekat.. Biar dia dapat energy terus.. 
Tapi dia still macam tu jugak..
dah malam.. saya pulak rasa nak give up.. 
pukul 9 malam, saya dalam hati... "ni last bagi dia minum lepas tu tidur" dalam nada give up..
Tapi pukul 10, saya pegy lagi tengok dia.. bagi  minum lagi..
tak boleh nak tidur..
pukul 11 saya tengok lagi..
Kali ni saya bagi dia makan ubat demam yang doktor bekalkan saya..
berdoa supaya dia selamat.. 
then saya tidur.. dah tak larat nak pikir..
Esoknya... bangun bangun ja, saya terjaha sangkar dia.. and guess what??
dia bangun!!!! dia bangun sendiri, berdiri.. walaupun lemah sampai nak jatuh balik, dia bangun!!!
Alhamdulillah..Rasa nak menangis happy gila pagi tu.. Alhamdulillah...
pagi tu juga saya bagi dia wet food.. just nak tengok ja dia larat makan ke tak..
Alhamdulillah.. dia makan.. banyak pulak tu.. pastu dia sambung tidur..
Mak saya tak tahu pun yang dia makan banyak pagi tu.. mak saya fikir dia masih nazak.. tapi sebenarnya dia tengah kenyang + masih tak sehat..

heeeee.. itu pengalaman saya jaga snowbell.. walaupun dia ada cacat, jahat (gigit tangan mama sampai luka), nakal,  dia tetap  kesayangan kami.. sekarang ni dia sudah pandai bermanja..  
heeeee... skarang, mama ja yang manja kan dorang.. sebab saya sini tak boleh nak bawa kucing.. takpe.. saya boleh balik every week..

0 comments:

Powered by Blogger.