Tak dapat lelap

saya sebenarnya sumpah sangat penat. satu hari berjalan dekat KK. Otw balik keningau tidur kejap. Dah sampai rumah, banyak pulak benda nak kne buat lagi.. Tapi bila dah nak tidur, browse facebook kejap, terbaca artikel ni..

http://therealsingapore.com/content/mh17-actually-mh370


Aku patut rasa pendapat ni mengarut, but it keeps bothering me. aku penat dan ngantuk.. esok kena bengun awal.. tidur la tidur!

Hijrah..


Memang bukan rezeki kut kat Sabah ni. Hari ni last day kerja dekat company ni. 3 months and I hate it here. tak dapat nak adapt atau dapat but this one person never likes me here. who cares anyway? Yeah, kena pergi seberang lagi. *sigh* mampu kah nak survive? new place new people. Its not KL.. kalau KL ramai member kan??  but no worries, dah contact dengan member yang ada kat sana.. walau tak ramai, at least ada tempat nak bersandar bila termengah mengah nanti.. I really hope I can survive this and sangat berharap family support keputusan saya ni. At least kalau tak dapat support, don't say anything. You only make me wanna go as soon as possible. It's hard. Just don't say anything. doa kan yang terbaik okay? 

2 Tahun berlalu


It's been 2 years now. (T.T) tak sedar pun masa berlalu begitu cepat berlalu. I really really miss those times we spent together. Rasa nak nangis ja bila ingat semua kenangan dengan dorang ni.Especially masa PT.. owhhh I know you hate me bila PT.. kan?? Bukan masa PT ja.. masa Jalan Lasak, Pandu arah..
Ingat lagi masa jalan lasak junior year.. Flait Asrul (dulu Sarjan Asrul) cakap, "ROmelia jangan hampakan saya" sob3.. and we did it.. I did it! masa tu wanita punya masa lagi baik dari skuad lelaki.. itu bukti kita sepasukan suatu masa dulu..
Masa Intermediate, kita ada pandu arah... rasa macam nak pengsan ja~~ *Typical Lalla* Nadhir tolong aku tarik aku punya weapon so aku boleh jalan terus...Aku tak pernah nampak that side of Nadhir before... *terharu* walaupun dia sendiri ada beban yang nak kena galas kan..
Dan sepanjang tiga tahun jadi kadet tu banyak sangat cerita kita~~ banyak sangat.. sampailah masa tauliah.
Lepas tauliah ada yang dah graduate, kami pindah mahallah, dah jarang jumpa. Tambah tambah aku ni malas nak turun latihan.. ermmm ada jugak yang lepas tauliah tu aku dah tak jumpa langsung~~~
Well, apa pun semoga kamu semua dalam keadaan sihat walafiat bahagia selalu.. tak jumpa bukan tak ingat.. macam ni la~~jauh dimata dekat dihati.. harapnya ada lagi pertemuan untuk kita di masa depan :)
reunion mungkin? ;)) heihhhh

P/s : semua orang kat facebook update gambar gambar nostalgia ni.. Even Faruq pun sama.. Faruq?? yang xde perasaan tu~~ pastu mak aku tanya kenapa gambar2 aku palapes banyak naik dekat timeline haha~~~
Nostalgia ma~~ orang rindu saya~~


kucing oh kucing


semalam ponteng kerja sebab nak bawa anak anak ni pegy jumpa doktor. Elsa takde suara, demam, yang lain tu kena penyakit mata~~ adoooiii dogo~~~
pagi tadi, semua kucing aku xde suara.. adoi dogo~~~
Tunggu je la sampai hari khamis nanti.. kalau tak Ok jugak, kena bawa lagi pegy klinik..
Mata diorang ni ok dah.. @.@
Tak suka betul bila kucing sakit.. Saya pon sakit sekali

kami dan kucing


Meet our baby. Hai.... orang cakap, once ko dah bela seekor kucing, ko tak akan stop punya.. Betul tidak? this is our story.. our baby story... segalanya bermula dengan Elsa...

Elsa ni kami ambik masa masih lagi menyusu, dan Alhamdulillah, sekarang dah besar dan gemuk! (kata adik aku) masa dia kecik tu, aku risau sangat, will she make it?? lucky me ada personal doc yang selalu ada, to guide to give advise.. thnx yaw...  since dia kucing pertama dekat rumah ni, dia jadi Queen.. so cerita Queen ni, dia tak suka kongsi kawasan dia dengan kucing lain. Jadi kejadian dia bila ada kucing lain datang kat rumah ni, dia mengamuk.

kucing kedua yang kami adopt ni.. Jack sparrow..

Nama dia Jack sparrow sebab dia jantan dan ada eyeliner.. :)
dia ni mix maine coon + parsi dan sebab tu dia berlagak. masa tu kami ada satu ja kandang kucing dan dia memang tak sebulu dengan Elsa. memang tak sama bulu pon. so, masa tu, kalau Elsa dalam kandang dia dekat luar macam la tu pulak sebaliknya.. yang paling tak tahan, setiap kali Elsa dalam kandang dia mesti pegi cari pasal dekat Elsa. dia nak pegy show off dekat Elsa bulu dia tu cantik.. Jengkel kan? dia tak suka aku juga. sebab aku sayang gler dengan Elsa.. huahuahua...
Last week dia ni cirit birit.. kesian gler.. bila aku google dan tanya aku punya Doc, dia cakap cirit birit pada kucing boleh menyebabkan kematian. Cuak gler aku.. esok tu mak aku terus bawak gi Vet. Kena injek and esok tu dia sihat da~~ Phewww.. sayang jugak aku kat dia ni rupanya... 

Ni pulak dapat last week, nama dia Snowbell. memang tuan dia sebelum ni bagi nama ni.. dia Sangat manja, fragile sebab kecik sangat.. kami dalam process nak dapatkan berat ideal untuk dia ni...
Dia ni pendiam, sebab tu kami sayang kat dia... Elsa ok dengan dia. percaya x? seryes.. patutlah ada pepatah "tak sebulu" dulu.. kan? bulu dia putih.. cantik kan?

dan last sekali.. Winter... tada~~~

Dua hari lepas snowbell sampai, adik aku dapat dia.. adik aku bibie mengada,, tapi dia comel.. bulu dia putih, panjang dan lembut macam kapas.. Elsa tak suka  dia, tapi Jack boleh terima dia.. mengada kan??? Aku tak suka part dia gaduh snowbell.. hamboi!! snowbel tu dah la kecik.. ish!!!
Nasib baik ko comel dan manja.. hewwwww

dan ni gambar Elsa kena virus

Dia muntah ja ahad lepas.. cuak jugak, so aku tanya geng geng borneo catlover community.. geng geng situ komen la pasal apa, and apa tindakan yang patut aku buat.. Doc aku? masa tu dia busy tengok transformer.. ok dia perlu cuti.. so geng BCC tu cakap la ni kena virus, kena bawa pegy Vet, boleh bawak maut dan macam macam lagi cara nak buat.. aku pon cepat2 lah bawa dia pegy Vet.. Alhamdulillah dia sihat dah..sayang sangat ke dia ni.. :)) 

ok la.. dah panjang sangat post aku yang ni.. peliknya, tak rasa penat pon bebel pasal dorang.. doc cakap, aku ni dah macam mak mak dah~~ ok fine.. 

Random thought

Saya masih diambang mencari kerja.. Tapi Alhamdulillah, saya tidak menjadi penganggur..
dalam mencari tu, saya bekerja juga.. Alhamdulillah..
Yeah betul, susah nak cari kerja sekarang ni..
at least, tu apa yang saya rasa.. But no worry, I am okay.. I am doing just fine...


last few weeks, saya asyik teringat benda yang naik dekat timeline aku..
conversation dua orang pakcik ni.. macam ni..
dekat facebook tw,

assalam...thnx abe Tachimi... lme menyepi.... 
LikeLike · 
  • Tachimi likes this.
  • Tachimii Haha. Salam alaik. Lame menyepi kerja sane sini. Skrg bru stabil sikit. 😊
  • maliquee hehe..bgus2... kje mne skrg.. leh la lepak sme lps ni..setelah bertahun x jmpe..

Sebenarnya ayat dia yang ni....

"sekarang bru stabil sikit"

rasa macam saya kena hempuk...  sebab saya tahu, sebelum ni dia kerja dekat 7-eleven dan lepas tu dekat petronas station... wou... 
rasa kena hempuk sebab sebelum ni selalu je kutuk dia...
tak pernah fikir pula situasi dia kan~~~
Over ke??? 
well, it's ok now.. semoga lagi sukses di masa hadapan.. :)

Me feel like crying



Congratulations on your success in completing your studies and the University is pleased to accordingly extend this invitation to you to attend the 30th Convocation Ceremony for the conferment of your degree.
The Convocation Ceremony will be held from 11th October 2014 until 13th October 2014, encompassing six sessions altogether.

Alhamdulillah

just normal wednesday

Pagi pagi lagi dah hujan. Alhamdulillah.. :)
semalam saya tak kerja sebab... hik3
so now saya kerja macam takde mood :(

Tetiba dapat email dari Malindo Air yang berbunyi macam ni.

Malindo Air - Extra Flights For Aidilfitri

Agak pelik sebenarnya.. :) sebab tahun ni tak perlu nak beli tiket..
tahun lepas kena belikan untuk 3 orang... tahun sebelumnya untuk saya dengan Bibie..
memang berebut nak beli tiket. Takut full dan harga naik..
Tapi tahun ni dah xde. hahaha..
tahun ni jugak disebabkan saya dan adik saya semua ada sini,
kononnya raya tahun ni, kuih raya tak payah beli.
buat sendiri. Ha~~ Popoyo~~~
All the best!

Powered by Blogger.