Dylan

Semalam masa ambil Dylan dari sekolah, dia semacam lesu ja.
aku tanya dia "Kenapa lambat?"
Kelas dia yang keluar paling lambat..
lepas tu dia cakap "tangan dia sakit"
aku fikir dia mengada ngada ka apa ka
sebab beg berat..
pastu ada dua budak kelas dia cakap kat aku macam ni..
"Kak, tangan si Dylan sakit tu, dari tadi tangan dia sakit"
bersungguh budak tu cakap kat aku..
Aku speechless "KAK?"
cuba la panggil aunty ka..
ni umur aku dah baya mak dorang dah kut..
akak dorang pon mesti masih sekolah menengah kan??
wou... bangga gila...
akak ko ja.. aku dah la fesyen baru balik keja office baju kurung ayu begitu..
so aku memang speechless habis..
'eh.. ok ok.. nanti saya tengok' cakap kat budak budak tu..
Aku balik rumah, bagi Dylan makan, pastu mak aku bawak pergi Klinik untuk Xray..
and yes, tulang tangan dia ada yang retak.. so kena semen la..



So sekarang dia sangat sangat sangat manja kuasa 100
"mummy macam mana saya mau minum?"
Mummy macam mana saya mau makan?"
paling tak boleh blah
"macam mana saya mau peluk mickey mouse?" 
dia punya bantal busuk..

heihh

so, dia MC lagi seminggu.. suka lettew...

OK FINE.. budak2 tu sebenarnya panggil aku AUNTY.
aku saja bagi korang tengok logik dulu..
dan you, jangan gelak.kbye.



0 comments:

Powered by Blogger.