Selamat Pengantin Baru! Mieta

Satu persatu kawan kawan saya mendirikan rumah tangga. Berharap sangat dapat attend, tapi bukan rezeki untuk ke kedah.. bila tengok gambar rasa sedih sangat..
Selamat Pengantin Baru,
semoga bahagia hingga ke syurga..
InsyaAllah..
Sempena hari berbahagia ini...
dan juga tanda rasa bersalah di diri ini..
biarlah daku meletakkan sedikit throwback..

supaya ko tahu aku bukannya lupa kat ko... ok?


Sweet escape to Langkawi. remember?  Masa ni, Faiz tengah confuse nak balik langkawi ke tak.  Sebabkan masa tu cuti, kita dok hasut Faiz balik juga. Last sekali, kita pun ikut dia balik Langkawi.. dan sebab ko pun tak pernah pegy Langkawi kan? You're welcome mieta~~ hahah
Peanut masa ni tadak~~ tak ingat dia ada hal apa.. Rasa nya ini lah first time ko buat kerja gila macam ni kan?

Dua Minah gila~~~
pernah satu kali tu kita gaduh.. sebab malam tu aku balik lewat..
esoknya aku balik sabah...
soalan ko malam tu macam ni..
"La, malam ni ko balik tak?"
aku konfiden lah jawab aku balik.. tapi aku balik lewat... ko text aku, ko merajuk.. sampai aku balik sabah ko tak tegur aku~~  haha~~ 


Cun Outing.

Ko ingat tak Zaid point aku untuk jadi in charge training minggu tu..
aku cakap kat Zaid, "zaid Im begging you jangan bagi aku jadi IC"
dan bila keluar notis, nama ko naik jadi IC.. hahaa
mengamuk gila ko masa tu~~~
and Imma happy girl

Raya Open  House

Tapi dalam semua cerita, aku paling ingat bila kita baru pindah mahallah.. aku sampai kt Uia dah malam.. tak dapat kunci mahallah.. aku stay dekat surau mahallah Hafsa. Ko yang amik aku.. kan??
tak sangka kita jadi roomate 3 tahun lepas tu... ko gaduh ngan pinat pasal iron board.. sampai skarang tak tahu siapa culprit yang buat iron board tu... kekadang tu aku takut gi toilet malam malam, aku kejut ko.. ko tek pernah merungut teman aku..
arhhhhhh
how I miss those time.. Big time... 
you are my friend, my roomate, my skuad and my sister... 
I love you from the moon and back. 
once again.. sorry sebab tak dapat ke kedah~~~


p/s : doakan aku pula lepas ni....




Senyum Lagi - Mark Adam , Qeirra


dengar lagu ni terus whatzapp Mieta.. sebab dia dekat utara :)) 




Kau yang berada nun jauh di utara
Mengapa tiada khabar berita

Kau mengapa sunyi saja
Pagi kau di mana
Siang pun tak bersuara

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Bagaimana ingin ku meluahkan perasaan
Yang bergolak tanpa henti-henti

Aduh Chin... ermm... usah begitu
Fikiranku bercelaru
Aku bingung aku buntu
Aku buntu...

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Lalalala
Lalalala
Lalalala
Ooo...

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi
Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Random Song

Ajai Gara diriku~~~

Jika harus ku bertukar
menjadi seorang yang terbaik tuk dirimu
akan kulakukan demi percayakan cinta
melihat kebahgiaanmu
jika harus ku berdiam
menjadi seroang yang tak bisa berbicara
sanggup kulakukan semua ini kernamu
supaya tidak ada ruang tuk berpisah~

its Saturday, the weather so nice but, I am here. working.

satisfied.



the hunger games - Mockingjay part 1!!

semalam, lepas kerja aku terus pergi suria sabah sebab nak tengok ni. Kenapa bukan last week?? sebab tak sempat.. seryesly, rasa nk terus pegi khamis lepas, tapi last week was a hectic week aku ulang alik keningau 3 kali.. that was a new record untuk kegilaan aku ni.. lepas ni mungkin ada lagi...
Untuk movie ni, aku pergi sorang sorang. Mama suruh aku ajak abang aku.. and I was like 'errrrrrr' x pa la ma.. saya sendiri pon boleh..  :))

aku puas hati.. tapi nak menunggu part 2 adoyai~~~ punya la lama~~~







sebab

Sebab apa yang kita cakap itu adalah doa..
dan sebab itu kita kena cakap yang baik baik saja
supaya kita dapat yang baik baik saja..

ikut hati, mati
ikut rasa, binasa...
Bukan kah???

sebab juga bila kita disini
kita tahu apa yang penting...
tapi cuma sendiri... maka terhenti juga la...

kita mahu yang terbaik bukan??
jadi kenapa susah untuk memberi yang terbaik???
kenapa???



Snowbell sakit lagi



Ni latest pic Snowbell.. Semalam aku amik dia dari SAMC hantar terus ke keningau. kena hantar sendiri..
Doktor cakap,

1. Parasite dalam darah tu mungkin dah sampai otak
2. Lalu saraf pun terjangkit.
3. Kidney dia pun ada masalah. dengan masalah yang lain, dia x dapat kena operate..

kesian sangat.. sangat tidak bermaya...
only hope that she will be strong again..

Semalam Dylan nampak snowbell, and dia mahu bawa main kucing ni..
sedih pula.. sebab dua hari snowbell dekat SAMC, dia rindu.. :((



Just another story of my life

Dalam hidup ini banyak benda yang tidak terjangka..
kekadang tu tengah tengah jalan terjumpa kawan lama
kadang di tepi jalan, ternampak duit 5 sen..
ataupun masa tengah isi minyak jumpa kawan lama kat petronas taman melati ha.ha
ataupun Bos petronas taman melati.. ekkkkk...
Aku rindu juga kerja sana.. 
anyway.. that's not the point...

Hari ni birthday Panda!!!
eh??? 

semenjak dua menjak ni, bila facebook remind kita birthday someone,
aku kekadang buat tak tahu je..
since aku tak rapat sangat.. 
kejam ke?? eh...

Tapi hari ni birthday Panda,,,
ehh lagi???

aku rasa aku dah letak panda as important person juga.. eh... person???

 selama ni dalam UIA.. bila aku tengah susah..
aku tahu siapa aku boleh kontek..
tayar pancit, akan ada orang tolong..
Minyak habis, akan ada orang yang isikan minyak...
Bila lapar, akan ada yang menghulur makanan..
ataupun tengah bosan, akan ada orang tak kesah tadahkan telinga utk cerita aku yang boleh bagi lima bintang penampar
masa tengah give up, akan ada orang yang bantu kita bangkit...
masa sedih, akan ada yang teman utk buat kita gelak..
and Aku bersyukur sangat sangat bila jumpa kawan kawan macam ni..
Alhamdulillah...

cumanya masa aku accident hari tu...
aku tak boleh kontek siapa siapa..
sebab tengah pengsan..
dan aku tak tahu apa apa...

pagi sebelum accident tu, sempat je jumpa panda n Shawn dekat KICT..
sempat je sembang...


dan lepas accident..
aku tak tahu apa apa..
aku sedar je.. 
Puteri cakap,
"la, mak ko da on da way nak gi sini"
aku macam "ha????"
aku tak sedar pon keadaan tangan aku patah masa tu...heeee..
dan Panda and Patrick la yang jemput mama dari Airport..
hantar ke hospital, bawak makan, bawak cari hotel...
sangat terharu... Patrick, ak dah kenal lama dan aku rapat dengan dia..
Panda aku kenal lama juga.. cuma aku tak rapat..
jadi bila keadaan macam tu.. aku jadi terharu sangat2... 
sensitif kan aku sekarang????
apa pun.. Happy birthday to you Panda.. 
semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur..
dan semoga sukses selalu...



@.@



Bismillah...

Sekian lama tidak buka adobe Photoshop...
dan hari ini bermula lagi..

sekian lama x membuat sebarang design.. dan kali ini.. saya bermula lagi..
agak ke laut dengan idea idea.. my....
Blank.. and I don't know what to do..
idea, come baby come...
jangan tinggalkan daku... *over*

Esok daku cuti.. and malam ni balik keningau.. dehe...

Ada apa Dengan Cinta 2014



Baru tengok video ni.. aw~~~ 12 tahun penantian...


Detik tidak pernah melangkah mundur
Tapi kertas putih itu selalu ada
Waktu tidak pernah berjalan mundur, 
dan hari tidak pernah terulang
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru...
Untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab


Tapi ayat yang aku paling suka, bila Alya cakap..

Kerna semua orang bisa mulai dari awal~~~

mumble #12

Dia : Nnt I datang bagi bunga kt U.
Aku : Ye? Betul?
Dia : a ah...

3 hari lepas tu, jumpa dia tangan kosong,
aku terus patah balik...

so saya balik kampung lagi..



Dan saya balik kampung.. yeayyyy
baru pagi tadi balik dari keningau.. 
dan saya sangat pening sekarang..


Bawa 2 tanak wagu ni pegy Library..
kejap je.. x nak membaca katanya...


Okeh... Fine


Okeh okeh..

Aku ngantuk sebenarnya

Bukit kampung nelayan




Good morning peeps!!!
Saya sedang berada di bukit kampung nelayan dogongon penampang 😆😆😆

Tu gunung kinabalu 😆😆😆
Tempat ni xde la macam tabur.. Lebih kurang mcm broga.. Cuma broga panjang kut.. Y sini 1.1k ja.. But I am happy 😆😆😆😆 xmw turun pula... 
Ramai kut dekat sini.. Mostly org cina.. Tadi ada uncle tegur, selamat pagi katanya... Nice!!!


 Nota kaki: ini post sbnrnya sabtu lepas, ak x perasan ak x publish kan..

My work

sercara ringkas, sebenarnya, kerja daku ni kesinambungan daripada episod kelab MISI yang aku join masa dekat UIA.  Masa join MISI dulu, matlamat kami bagi sehabis mungkin untuk rakyat yang berada di pedalaman. Satu satunya Outreach yang saya pernah join dulu dekat Sarawak.. masa tu matlamat nak bagi sebanyak mungkin pendedahan, ilmu, perkongsian dan macam macam lagi.. 
Rasa seronok sebenarnya.. jadi bila dapat kerja ni.. aku faham apa yang aku perlu buat... cumanya, nak adapt dengan situation dia aku termengah mengah jugak.. :)) okeh, sabtu ni aku ada audit...

Aku tau macam mana rasanya kena audit.. Ni bukan kali pertama.. masa dekat petronas dulu berapa kali kena audit dah... cuma kali ni lain sebab aku yang kena handle semuanya.. dulu aku dengar arahan ja kan??? so, aku agak terkial kial...

Tadi aku just bersihkan kawasan.. dan ada dua tiga budak area sini tolong aku... baik kan dorang?? dan bila aku bertanya itu ini.. aku pon dapat tahu yang dorang ni tak bersekolah... dan aku tak tahu nak buat ayat apa lepas tu... nak tanya kenapa kenapa kenapa?? Tapi dorang sendiri macam sedih.. jadi aku tak sampai hati.... 

Hidup ini tidak adil??? *sigh*

berapa ramai budak tak dapat sekolah nak ke sekolah tapi berapa ramai pulak yang dapat bersekolah tapi tak mahu ke sekolah??? 

aku emo petang petang ni...
budak budak sini baik.. tadi bila aku cakap lapar, ada ja budak tolong belikan aku makanan.. aku cakap korang beli la apa apa yang korang nak makan.. aku sengaja bagi duit lebih.. tapi dorang tak ambik pon... 

aku emo aku emo...

Untuk seterusnya



Finally! aku dah graduate!! tahniah.. tahniah untuk semua yag dah grad.. itu daku, Farah and Puteri..
Beria aku paksa sharul ambil gambar posing macam ni.. heehhh dapat jugak.. berapa kali cut yang ni pon tak tahu la... ni semua dekat tangga besar..  soalan farah malam sebelum tu
Far : " X maw amik gambar dekat fountain?" 
Aku : "erk"
Sebenarnya fountain baru ni x cantik langsung.. seryes... jadi xde mood nak ke fountain..


Farah datang bagi muffin.. sedap you alls.. dengan almond white choc.. thanx farah.. lab u...


Ni gambar kuliah daku.. arghh rindu gila.. rindu lepak sini sampai 4 pagi semata mata nak siapkan projek.. pastu rindu menyusup keluar pegi RnR sebab lapar tengah tengah siapkan assignment.. Wan la ketuanya.. sekali tu je Wan bawa, pastu kami jadi expert dengan jayanya.. kekadang member lain macam marah, sebab sanggup nak redah lubang tikus dekat RnR tu.. sampai la bila aku bawak dorang pegy makan kat situ.. haa tak menyesal kan???  Kuliah ni best!! semua ada... ea?? best!! KICTbest!! Uiabest!!!

Ini pasangan yang aku selalu sangat susahkan.. farah and sharul Nizam.. over sebut nama sharul nama penuh..  babai!! semalam buat cabaraniloveyouFaizDickie dekat Insta.. aku pon wassup la farah cakap 'I love you', dia balas : "bah". tu je!! lame!



eh eh abang faruq.. ni bukan kuliah dia pon.. tapi takkan nak pergi kuliah dia yang sesak.. dan memang tidak kut..
Ni je la satu satu gambar dengan budak palapes batch aku.. budak engine sombong!! bwek!
abang faruq ni kena sebut abang baru betul.. sebab dia bila jadi abang, memang abang mithali.. cuba bila jadi kawan.. rasa nak bunuh dia ja.. seryes.. aku pernah unfriend dia dekat facebook setahun! dia punya friend request terbiar macam tu.. sampai la bila dengar lela cakap errrrrr.... baru approve dia balik.. dulu, tak sampai sebulan kenal, dia dah buat hal dengan Awyn taw.. sampai Awyn banned dia dari hidup dia dan kami juga.. sengal... 

Its time to go back

Alhamdulillah.. Allah sentiasa membantu hambanya.. Aku yakin.. Selama berapa hari dekat sini aku risau sangat. Takut. Takut tidak nampu untuk buat yang terbaik. Sebab inilah harinya dimana aku patut lakukan terbaik.. 

Berhari dekat sini.. And aku jumpa semua yang aku sayang dekat sini.. Thank you thank you atas semuanya.. 
Thanx sue, for the company.. For taking me and sending me and my family to the airport.. I always owe you. Big big time. I am so sorry for always troubling you. You know thats my hobby, Something that I cannot resist.. Even masa study.. Thanx for always standing with me.. Through my hell and high water, You always there. Thank you!  
Ya Allah thank you for sending me this little angel through my hard time.. I know you always giving the best to us.. And You will do the same for this person. You always know what is the best for us. And I pray for You to always give her strength and courage , for the future that You have planned.. I want her to know that she is never alone.. Never.. Thank you Allah for this friendship and please let us be friends until jannah.. Allah...
Sue, be strong eh.. You will be fine.. Trust me.. Ko jangan sedih2..  Aku xde gambar ngan ko pon konvo ni.. Tp like you always said, semua tu tak penting.. Kan??? Be well, live well.. 
Far away and bakal husband.. Macam selalu daku datang KL just mahu susahkan kamu:)) hek33 but I know you wouldn't mind.. Hahaha.. Until we meet again kay..bulan january kan??? Ok ok..
Awyn and husband.. Heee thanx jugak  sebab bawak family daku berjalan jalan.. Penat x penat x??? 
Thank you banyak banyak!!!!

Disebab kan daku online ngan phone ja maka daku malas meng'upload' gambar.. Esok esok.. Till then. Bubye!!

Salam AidilAdha

Salam Aidiladha.. how's your celebration doing??
sembelih berapa ekor lembu???
heheihhhh...

Sekarang ni musim hujan.. dan sekarang masih hujan.. dekat KK.. dah tiga hari katanya...
Semoga tidak banjir kawasan ini..
ada budak budak ni update tempat dorang banjir.

semalam balik dari keningau, hujan ja.. dan perjalanan yang selalunya 1 jam setengah ambil masa 4 jam..
4 jam?? dari keningau ke KK ni..


Ni yang 4 jam tu... Stress gila... 
 Lucky me ada yang teman semalam. sebab biasanya sorang sorang balik keningau...


Sempat menyinggah papar...okbai..

Saya Pon tengah Bosan.Kut

1. How tall are you? 152cm

2. How many relationships have you had? 0.tipu kut

3. What is your eye color? black

4. If you could go anywhere right now, where would you go? Bali?

5. What was the last movie you watched? Hercules.

6. What was the last thing you drank? Plain water

7. What is something you’ve done that you really regret? ermmm percaya dekat orang

8. If you’re not a vegetarian, how do you like your meat cooked? Kari kambing

9. What are your favorite bands? bands?? 2NE1 kira band ke?

10. Least favorite bands? xda idea

11. What countries have you been to? not yet

12. If you could speak any language, what would it be? english. arabic

13. What is your favorite season? haha season iklim khatulistiwa

14. What is your favorite Disney movie? Frozen. btw sailormoon tu bukan disney kut,

15. Do you have a Skype? yes

16. Do you have any embarrassing email addresses? If so, what are they? ermm qimpacns tu means qimpa cute and sweet.. kidding... cns tu tempat kerja lama

17. What is your favorite color? Blue

18. What is a trend you don’t understand? Trend sekarang ni semua tak boleh nak faham

19. How old are you? 25 24

20. Did you have any crushes that you currently regret? YES

21. When was the last time you were really sick?  year 2013. Accident ari tu.. sampai kena operate bagai

22. What is your favorite fruit? buah buahan tempatan =))

23. Do you have any favorite fictional characters? Dr. Sheikh Muzaphar boleh x?

24. What was/is your favorite subject in school? Math 

25. What is your favorite book? The twilight Saga

26. What is something you have always wanted to know? is he really OK actually?

27. What is your most favorite memory? banyak.. 

28. Who are some of the funniest people you know? ermmm entah la.. (lama gila fikir y ni)

29. Have you ever fallen in love? mungkin.

30. What is your favorite animal? Cat.Cat.Cat.Cat.Cat

31. What are you most afraid of? Snake

32. What was the best vacation you’ve ever been on? ermmm banyak =))

33. What is your favorite drink? Nescafe Ais.

34. What stereotype do you think is the worst? Dia-fikir-dia-sangat-famous-kut

35. What is your favorite flower? Actually I don't have any

36. How do you usually style your hair?  ikat macam ekor kuda. kalau rambut saya panjang la..

37. What is your hair color? pink. nampak kat aku tipu

38. Who are your favorite actors/actresses? Jenifer Lawrence. seryes minat gila Katnis Everdeen

39. What is your favorite tv show at the moment? My Kitchen Rules.

40. When was the last time that you were really sad? Hari pertama training dekat Beringis.;P

41. Can you speak more than just one language? yes, c++ pun boleh tw

42. What are some personality traits that you can’t stand? Liar!! Liar!!! Hipokrit.. mungkir janji

43. What was one of your worst phases? I don't know and I don't even care

44. What was the most embarrassing thing you’ve ever said? Menangis sebab maggi. sampai sekarang kena bahan. dammit

45. Do you own a lot of posters? no

46. How many different places have you lived in? 2 (Sabah  and KL ja la)

47. What was the worst vacation that you have ever been on? Dekat Kedah dan masa tu rasa kena betray sangat sangat.. sampai sekarang tak boleh terima.. sampai sekarang kecewa

48. Is there a person that you no longer talk to that you’d like to see again? yes.. 

49. Describe your current crush. Abang sado?

50. Ask what you want. be well, be real. 

Le cousin


Aku dengan kazen aku ni macam adik beradik taw. tak kira family sebelah daddy, or family sebelah mama.. memang rapat sangat sangat sangat. dan memang jodoh kuat, kami kerja dekat company yang sama.. walaupun duk jauh kan? Ni cousin family daddy...
Itu Elyn, Upuk and Me,, yeayyy

Tapi, hari ni hari terakhir Elyn kerja dekat Nusuara.. soon she will be a teacher.. Tahniah.. ini memang apa yang dia suka dan cita cita dia.. Walaupun sedih.. sebab tak sampai sebulan pon kami duk bawah satu company, tapi aku tahu.. aku akan jumpa dia juga nanti.. 
nak harap jumpa masa keja memang tidak la kan..

Goodluck dear cousin.. You can do it.. You always do.. Love you muah!!!!



Nota kaki: 
Susah taw berpaut pada dahan yang rapuh.. susah tahu!!!
it seems impossible to me.. 
tapi nak mengharap dahan tu jadi kuat  macam mana??
Macam mana??? agak stress di situ!!!
berpaut pada dahan lain bukan pilihan..
sebab sekarang saya cuma ada dahan yang itu..

doakan daku...


Nusuara Annual Training

semalam baru habis training untuk Nusuara. hew hew.. dan masih penat.. penat gila kot!!!
pastu hari ni kena kerja.. haiyoo... well, saya baru masuk company ni 2 minggu taw.. 2 minggu beb!!!
2,3 hari sebelum training aku macam berdebar debar la.. sebab aku tak kenal dan aku tak dikenali...
Staff Nusuara yang lain dah 2, 3 tahun kenal.. aku berdebar gila.. ni berdebar gila... macam mana nak get along.. macam mana nak sesuaikan diri aku yang gila ni..
macam mana aku nak collaborate.. 
dan macam mana nak buat member???
you guys tahu kan, beberapa tahun ni member aku orang yang sama ja kan..
Tak budak palapes, budak KICt, tak pun budak MISI..the end.
ha~~ cabaran gila phewphew...

sebelum training, puan Liza dah bagi email dah group member dan assignment, jadual macam tu la.. so before training tu Group kami dah ada whatzApp Group sendiri, sebab semua jauh.. so kena bincang la pasal assignemnt tu.. and at least kami ada basic idea pasal kewujudan assignment ni..kan???



First day,
Kena register pukul 1.. aku gerak awal dari rumah sebab fikirkan nak pergi Beringis ni 1 jam++ rupanya tak sampai pun dua puluh minit.. Nasib baik dah ada yang sampai dan dah boleh check in pon.. so aku check in, ada Arbaya n Elin.. aku join dorang la.. sempat lagi tidur and baru la start program...
Hari pertama tu memang tak boleh nak masuk ngan group member... aku diam ja.. aku diam?? nampak tak bukan aku?dalam group aku ada seorang staff ni berkopiah..so aku tambah la diam kan.. pemalu katanya *pui*
Malam tu kena tidur lewat sebab kena practice Flashmob.. flashmob ko ja~~ padahal kita orang buat Jamilah dance je pon.. dah la tu group 9 pon buat Jamilah dance juga.. so masa performance kami combine ja!!!
Masa hari ni.. aku stress gila.. sedih tension.. so terpaksa buat kol yang jauh.. just to make some drama.. 
thanks for always being there... for always listening.. dan dia macam selalu bagi kata kata yang masa tu saya tahu benar tapi tak tahu nak buat.. hewhew.. 

2nd day...

Ni gambar 5.57am dekat pantai.. its so beautiful... bangun pagi aku sedar I got to do something.. I can not be like this forever.. you know.. hek3.. so hari tu dengan semangat.. without friends or mengharap kawan kawan, aku just pergi sarapan seorang and hopefully duduk semeja dengan siapa siapa saja.. and make friends.. I did it.. phew... 

Nampak x? aku yang amik gambar.. maka muka aku xde... dan group member aku Alhamdulillah.. aku dah boleh sekaki segila.. mamat yang berkopiah tu lagi gila rupanya.. see?? don't judge a book by it's cover katanya.. or back cover.. 
so second day.. aku dah boleh rilex sikit.. kami ada dinner dekat kampun Nelayan seafooc restaurant.. masa tu ada gift exchange.. aku dapat frame dan jam.. Tapi.. tak tahu dari siapa.. dia tak tulis nama pun.. sedih betul.. 

3rd Day..
I survive.. everything goes well...

Eh eh.. itu daku.. kbai...
 malam tu kami ada annual dinner.. dengan tema celebrity night.. celebrity ko ja~~~


Ini group daku... tak sangka kami menang Glee performance.. mengarut kut performance.. masa ni ada yang tak ada.. Diandra masa ni tengah sakit perut.. dia mengandung and tunggu hari kut.. tapi dia bersemangat orangnya.. performance yang last tu special untuk dia... tapi sayang dia tak dapat tengok pon.. sedih gila.. Harap harap anak yang dikandung tu bersemangat macam dia juga nanti.. :))
Group aku ni ada 12 orang.. selain daku..  itu Zukhairi, David, Suriati, Salasiah, Boby, Freddy, Anna, Kak Ani, Ros, Nur Adilah and Diandra.. heeee thnx guys... for the special moments yang kita ada... rindu sebenarnya.. tapi mana boleh main rindu rindu kan.. ;))
seryes tak sangka dapat juga hamper... kan??? peace yo.. nanti jumpa lagi Next year... InsyaAllah...


last day...


Ni sebahagian dari group 7 dengan Fasi.. fasi pon gila gila juga.. howkay... daku tengah kerja ni.. dan malas berfikir lagi... so.. the end...


Forgive and forget...

walaupun jauh, saya tahu cerita kawan kawan through Facebook taw. Dan kekadang tu ada unexpected story yang muncul. Macam lately, Bila tahu ada membe patah hati.. dengan mamat yang friend dekat facebook juga.. rasa sedih, sebab kita faham apa yang dia rasa. cuma tak boleh nak cakap lebih lebih since semua yang terlibat tu saya kenal.. Masa jumpa dia hari tu dia cakap dia ok.. But then minggu ni ja beribu post dari dia pasal makan dalam..  *sigh*

One thing yang saya boleh buat, berdoa semoga dia kuat.. semoga dia cepat jumpa pengganti... semoga dia bertemu dengan insan yang lebih baik... dan saya tahu dia kuat.. be strong ehhhh 

semalam housemate cakap macam ni..

"kalau ada boyfriend, kahwin je terus. takut melepas, bila lepas kita kena melalui satu cycle untuk cari new jodoh"

aku rasa kelakar.. why kak why?? tapi aku simpan dalam hati je soalan aku tu.. hik3.. kelakar rupanya housemate aku ni.. 

So today moh la kita kahwin.. okbai
 

seminggu kerja non-stop

Fuh, seminggu kerja non-stop..
sepatutnya aku cuti hari Ahad dan Isnin.
Tapi since Isnin tu duty report, aku keja sampai habis..
and kerja aku sampai ahad ni.. Ahad tak dapat cuti sebab ada event...
 :((
Ini gedix sedenarnya... aku okeh..
cuma hari ni aku sorang ja kan... kelam kabut juga la..
kesian dekat Shah, sebab off day dia pon aku masih kacau dia..
task pagi tadi pon dia yang buat...
Tsk tsk tsk..
Task petang tadi pon mneggelupur juga kan..
pastu rasa bersalah sebab kena kacau orang y tengah off tu..
tapi aku xde pilihan..
pilihan apa aku ada?? tell me!!!
tanya bos aku pasal task yang dia suruh aku??
nak mati???

fuh...dah lega... dah 4:22..
cuma tadi budak budak ni report ada pulak user yang datang sini sebab ponteng sekolah..
Form1. Form1??? sedih!


New Life.

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."



Alhamdulillah. LOA untuk company baru sudah selamat tiba. :) 
Ye, kerja baru, pengalaman baru.. InsyaAllah.. 
semoga diberkati.. dan kali ini segalanya lebih teratur.. lebih perancangan...
dan semoga dipermudahkan.. 
Aku tidak gembira untuk tinggalkan company sebelum ini..
Terlalu banyak yang dapat saya hadam.. 
Namun jodoh itu terlalu singkat.. Tapi aku yakin akan bertemu lagi nanti..
Semoga....


AwynAtoxKawen



Its Awyn & Atox Wedding.. 
Ramai yang terkejut bila aku pegi KL, semata nak attend orang punya wedding..
Tapi pada siapa yang kenal aku, mesti tahu siapa dorang ni dalam hidup aku..
:))
Tahniah Puteri Ainurin and Muhammad Hizuan..
Semoga sentiasa berkasih sayang sampai ke syurga...
Amin Amin..


Us. CFS dulu.. Muka masih innocent+gedix Ha?? masa ni baru kenal programming kut~~ 



and here we are now. still the same.. I know Farah  Since we were 13.. Dah masuk CFS baru kenal dengan Sue and Awyn.. its been 7++ years now.. How time flies kan?? seorang dah jadi isteri orang.. padahal rasa macam baru semalam sekelas English dekat SMWP.. macam baru semalam masuk CFS... macam baru semalam berkenalan lepak sampai 2, 3 pagi dan buat benda benda gila.. heih..

Perjalanan kali ini banyak mengimbas kenangan di mana kami bermula dulu.. 
heih.. Teringat betul..
tak sangka kan?? 
Ok.. enough dengan emosi kisah dulu dulu... 
Aku enjoy gila dekat KL. Kejap je.. Tapi dapat jumpa and borak2 dengan Sue n Far..
dapat jumpa Mieta, Faiz, Nad and semua kawan kawan lain..
Bila jumpa mesti semua bahan aku yang dah gemuk ini.. :) Imma Happy girl..
Lepas tu semua sebok nak bagi tahu or kami korek rahasia bila next wedding pula.. 
Heeeee...  

Lepas balik KL, jumpa Apan n Hanis sini..
dorang dekat Sabah...


Konon nak jadi tour guide. haram. semua aku tak passed. kesian pula aku ni...
Takpe.. aku cuba improve kan lagi skill aku ni ea??

k la  babai, esok aku ada intebiu.. tak nebes tapi.. aku nak tidur.. 
tidur jom...


p/s : aku tengah dengar lagu -she looks so perfect..
dan entah kenapa rasa tak puas nak dengar lagu ni..


You look so perfect standing there
In my American Apparel underwear
And I know now, that I'm so down
Your lipstick stain is a work of art
I got your name tattooed in an arrow heart
And I know now, that I'm so down

#jangankomen!




see you when I see you

Long day ahead of me and I cannot wait to see everyone!


Y u so sweet Nia????  
Jom Pack barang, charge phone banyak banyak..
kena tangkap gambar banyak banyak.. dengan kamu, kamu dan kamu!!!





SnowBell

 

Ni SNowbell.. My Mom adopt dia 2 bulan lepas.. Previous owner kate dia dah kena vaksin dah. Ok... Tapi lepas dia ada, kucing saya yang lain kena virus macam macam.. and saya tak boleh nak bawa dia pergi vaksin.. sebab dia sentiasa sakit..
selesema.. sakit mata, cirit birit.. terpaksa pergi vet just nak bagi ubat... masalahnya bila kucing lain terjangkit pula.. sakit mata, selesema etc..
so, saya kuarantin dia.. sampai kucing yang lain sehat dan dah kena vaksin..
dia dalam sangkar sentiasa bersin.. kekadang  tu nampak dia macam asma.. takut sangat...
dia ni ada cacat jugak..
kaki dia ada tempang sikit... kesian sangat...
heee.. Snowbell.. 
cerita nya... 3 minggu lepas.. dia demam teruk.. mata dia merah.. selesema.. demam sampai tak larat nak bangun.. saya bawak dia pergi vet.. lepas dari vet, keadaan dia lagi teruk.. saya biarkan ja dia tidur, fikirkan mungkin kesan ubat yang doktor bagi.. 

The next morning, mama ketuk pintu bilik..cakap macam ni
"La... si Snowbell macam tak dapat nak survive ja "
Gulp.. Terkejut saya.. terus lompat dari katil.. tengok dia.. hidup lagi.. tapi nampak nazak sangat..
berdoa sangat sangat dia boleh bertahan sampai la vet buka..
tepat 8.30 saya pegy Vet.. tanya doktor tu..
Kenapa dia jadi macam ni..kenapa??

DOktor bagi ubat demam dan bagi saya satu as bekal... sampai rumah dia masih macam tu..
Tak makan tak minum.. risau sangat.. 
saya terpaksa bagi minum air glukos setiap jam.. 
dan dia masih macam tu.. paksa juga dia minum glukos tu guna picagari..
Doktor kata kena bagi dia sikit2.. sebab hidung dia sumbat.. takut tak dapat bernafas..
dalam sejam tu.. dah kira bersyukur dah kalau dia dapat minum glukos tu 5ml...
Glukos pula sengaja bagi pekat.. Biar dia dapat energy terus.. 
Tapi dia still macam tu jugak..
dah malam.. saya pulak rasa nak give up.. 
pukul 9 malam, saya dalam hati... "ni last bagi dia minum lepas tu tidur" dalam nada give up..
Tapi pukul 10, saya pegy lagi tengok dia.. bagi  minum lagi..
tak boleh nak tidur..
pukul 11 saya tengok lagi..
Kali ni saya bagi dia makan ubat demam yang doktor bekalkan saya..
berdoa supaya dia selamat.. 
then saya tidur.. dah tak larat nak pikir..
Esoknya... bangun bangun ja, saya terjaha sangkar dia.. and guess what??
dia bangun!!!! dia bangun sendiri, berdiri.. walaupun lemah sampai nak jatuh balik, dia bangun!!!
Alhamdulillah..Rasa nak menangis happy gila pagi tu.. Alhamdulillah...
pagi tu juga saya bagi dia wet food.. just nak tengok ja dia larat makan ke tak..
Alhamdulillah.. dia makan.. banyak pulak tu.. pastu dia sambung tidur..
Mak saya tak tahu pun yang dia makan banyak pagi tu.. mak saya fikir dia masih nazak.. tapi sebenarnya dia tengah kenyang + masih tak sehat..

heeeee.. itu pengalaman saya jaga snowbell.. walaupun dia ada cacat, jahat (gigit tangan mama sampai luka), nakal,  dia tetap  kesayangan kami.. sekarang ni dia sudah pandai bermanja..  
heeeee... skarang, mama ja yang manja kan dorang.. sebab saya sini tak boleh nak bawa kucing.. takpe.. saya boleh balik every week..

Powered by Blogger.