the girl who sat next to me

masa form five dulu, aku antara manusia yang gila gila dari semua benda. Masa tu, walkman diharamkan dekat sekolah aku. gila??? walkman haram beb!!!! sekolah aku novel cinta pun x bley bawak dulu.. bosan kan? ok. point aku sini, aku memang tak boleh kalau tak dengar music ni. dahlah selalu ngantuk dan tidur dalam kelas. ini seryes!!!
pernah suatu hari tu aku tidur masa kelas miss Aisyah. beliau denda aku berdiri luar kelas sampai la habis masa. dahlah depan kelas aku masa tu kelas budak2 pandai lagi berjaya * urgh*
ok ok. masa form five tu boleh dikatakan majority budak kelas aku pengawas. tak pengawas sekolah, pengawas asrama, tak pun pengawas pusat sumber. macam aku. hak45
so pengawas pusat sumber yang suka tidur dalam kelas ni ada masalah mental kalau tak dengar muzik dalam kelas dan dia bawak jugak walkman pegi kelas even dia tahu budak yang duduk sebelah dia adalah budak skema + pengawas. selama 8 bulan aku berjaya seludup walkman aku tu.. aku pun tak faham kenapa tak pernah kantoi.why??? and sampai masa kantoi tu, budak yang duduk sebelah tu, yang bernama Anita jerit kat aku "selama ni ko bawak walkman? aku x tahu??"
aku : erkk????
aku pun pelik sebab kami banyak jugak sembang dalam kelas terutama bila sejarah, qs and bm. dia selalu bangga bila aku siAp nota sejarah which jarang jarang berlaku.

eit! sebenarnya esok aku nak gi kenduri anita ni. yeayyy masa dulu, dia cerita pasal ubin ni crush dia. hebat kan?? dah kahwin da.. congrates Nita!!! moga bahagia until Jannah..

0 comments:

Powered by Blogger.