Desa III



Last week saya Join 1 malaysia Outreach to sabah and sarawak. Program kali ini ditaja oleh 1 Malaysia Dana belia dan juga censerve Uiam. Menarik kan? 
Gambar dekat atas tu gambar Family angkat saya. Ini semua dekat kg Rayang, pandawan sarawak. Ya, disini lah program ini berlangsung. Dari 2hb-9hb september. 
Kami masuk ke kampung Rayang pada 3hb september, hari isnin. sampai je dekat situ, kami pun diserahkan kepada keluarga angkat masing masing. Alhamdulillah keluarga angkat sangat ramah. tak ada pulak saya dengar komplen dari kawan kawan saya. Maksudnya semua okeh. 
Keluarga angkat saya pun best, ayah seorang yang suka bercerita. mak even pemalu sikit, boleh jugak bercerita. adik adik pun okeh.. pemalu dan manja...
Hari kedua , pagi pagi lagi kami pergi menugal padi, join ngan penduduk kampung.
Ehem, sebenarnya saya memang dah selalu sangat menugal padi ni. Ni antara aktiviti saya dekat kampung. so, masa ni tak ada lah masalah sangat. cumanya saya gedik tak pergi curam tu sebab saya pakai selipar. Xde kasut :(
susah lah nak pergi curam dengan selipar, silap langkah parah jadinya. okeh itu alasan.
 

 



Ni saya, Kak Jijah, Abang Ichi dan Syam punya Team menugal. Yang lain dekat tempat lain. terpisah pisah kami... Hehehe seronok menugal? senaman pagi tu...
 






Pernah dekat kampung ni, kami blackout nak 2 malam. malam kedua tu karen dah ada.. dalam kol 11 malam. semua nset dah habis bateri dah masa tu.. Banyak pulak aktiviti yang tergendala, macam wayang pacak. Aktiviti mengecat pun tersekat. kesian dorang :(
Makanan pulak, errrmmm memang sedap. Yang buat saya terharu tu, masa 7hb tu, kami dah nak keluar dari kampung tu, semua keluarga angkat bekal kan anak anak angkat dorang ni dengan lemang dan lauk.. Huuuu nak nangis terharu...
mak saya bekalkan saya lemang 2 batang, Ayam goreng, beras kampung, Ayam kari dalam tin dan 100 plus botol besar.. wahhhhh!!!!gitu..  terharukan??? sayang mak n ayah!!!

well, bila difikirkan balik program ni banyak bagi pengalaman yang menarik. Kawan kawan pun semakin bertambah. Alhamdulillah, harap2 lepas ni dapat lah saya join program macam ni lagi... kan3?

0 comments:

Powered by Blogger.